Kelas Kesedaran Februari 2026 (Esukan)

14 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

13 Februari 2026 (Jumaat) - NADI E-Sukan telah melaksanakan kelas kesedaran dalam LMS NADI E-Sukan bagi bulan Februari 2026. Tajuk Kelas Kesedaran kali ini adalah Kesihatan Mental Pemain E-Sukan. Akses kelas dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang pada hari kelas berlangsung.

Setiap NADI WAJIB menghantar sekurang-kurangnya seorang peserta bagi setiap kelas. Kehadiran adalah WAJIB dan perlu direkodkan di dalam LMS NADI E-Sukan. Peserta hendaklah berada di pusat NADI semasa mengikuti kelas. Petugas bertanggungjawab memastikan kehadiran peserta ditanda dalam LMS bagi tujuan rekod dan laporan. Seramai empat orang peserta telah menyertai kelas kesedaran pada kali ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas